Thursday 21 February 2013

ilmu kebatinan melayu

Bismillah Enam dan Mantera Melayu BISMILLAH ENAM Salinan risalah Bismillah Enam lebih 20 tahun didalam simpanan. Assalamu’alaikum, berjumpa lagi………………………………. Kepingan risalah diatas saya dapati semasa sedang menuntut SINAR ISLAM pada tahun 80an di Ulu Kinta, Perak. Semasa itu, seorang Ustaz telah member salinan ini agar saya dapat mengamalkannya kerana menurutnya, fadhilatnya amat besar dan mujarab untuk pelbagai kegunaan. Saya pernah melihat Bismillah Enam ini didalam Kitab Amalan Tok Janggut dan juga didalam Kitab Senjata Mukmin pada tahun 70an. Pada masa itu, semasa masih 12 tahun, belum ada minat sangat kepada amalan amalan sebegini, maklumlah, sedang hangat mula belajar Pencak Silat, lebih tertumpu mantera Mantera Melayu bagi Kebal, Tahan Badan, Penderas dan sebagainya. Hanya pada permulaan mempelajari Usulluddin dan Awaluddin, sifat Dua Puluh dan Tarekat dengan Al Marhum Ustaz Syamsudin, baharulah terbuka mata akan khasiat dan fadhilat Bismillah Enam. Apa yang saya dapati, memang terdapat persamaan koleksi yang saya dapat daripada Ustaz Ismail (Arwah) dengan Kitab-Kitab diatas. Semasa saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, seorang Ustaz (Guru MCKK) yang saya telah terlupa nama beliau , juga memberi amalan Bismillah Enam ini supaya mengamalkannya. Sudah pasti Bismillah Enam ini asalnya daripada amalan amalan Ulama terdahulu, Cuma saya mengetahui sejarah dan nasabnya sahaja. Wallahualam ILMU MANTERA PENDEKAR MELAYU Segala mantera mantera ini hanya sebagai rujukan pembaca supaya kita semua tahu apakah pakaian sesetengah pendekar melayu zaman dahulu kala. Kesemua mantera ini saya dapati dari pelbagai perguruan dan rakan rakan sesame pelbagai Seni Silat serata Tanah Melayu dan Serawak. Walaubagaimanapun, cara amalan dan kegunaan tidak disertakan kerana Blog saya hanyasanya sebagai ilmu pengetahuan kepada generasi anak muda sekarang sahaja. Mantera Ilmu Untuk Kemuliaan Alif ghaib dalam bismi senjata Islam aku Lam ghuyub dalam bismi senjata iman aku Baa bismi benih Islam aku Sim bismi tali hubungan antara Islam dengan iman Mim bismi benih iman aku Allah didiri aku Ali Rahman nama bapa aku Ali Rahim nama ibu aku Attahiyyatul-mubarokatus-solawa tut to-yiyba-tulillah Ya Arhamarrohimi, kurniakan kepada hambuMU kemuliaan dan kehormatan dunia dan akhirat Akulah Ali Rahman kepada ……………….21X Nota:= Perhatikan mantera diatas, manakah asal usul dating amalan ini saya kurang pasti kerana saya mendapatkannya dari kawan bernama Syed Ismail dari perguruan a.l.s. pada 6 april 1982 Jadikan sahaja pengetahuan semata mata. MANTERA ILMU TANYA DAN MIMPI Pisang anak pisang ini Pisang ghairin baginda rau a’ Sapi tumu mikail rahma Mahu jamah perut Tak mahu jamah kaki Minta janji jamah kepala Aku memakai ilmu Tanya Berkat kata guru Mustajab kata ALLAH Berkat Kalimah Laa………………. Nota:- Mantera ini saya dapati dari saudara Yunus di Sungai Rokam, Ipoh, Perak tahun 28 Mei 1982 MANTERA PEMULIH BADAN Bismillah…………. Ruh wujud badan Nyawa darah daging tulang kulit Pulang segala ujud anggota aku Pulang sediakala……………………………………3X Nota:- mantera ini didapati pada 1982 tetapi sudah lupa siapa yang memberikannya MANTERA MEMBUAT MINYAK PENGASIH Bismillah…………………………………………. Hai minyak sepudi kaca aku Gantung di pintu kaabah Aku berdiri seperti raja Denga sebab manusia gajah putih tertunduk sujud bawah tapak kaki kiri aku Kalau engkau tak tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku Aku sumpah engkau pada ALLAH Aku sumpah engkau pada Muhammad Syeikh sidi pengajaran guruku Jadilah pada aku Dengan berkat doa Laaa……………………………………..mu………………………. MANTERA MENGIKUT TELUNJUK Kakap Muhammad kakap aku Yang mengakap daging pani saying Fatimah Tunduk sujud sekelian tubuh anggota engkau kepada aku Dengan berkat doa Laa……………………………………………………. MANTERA ILMU KEBAL Allah paying aku Jibrail kota aku Malaikat 44 pagar aku Aku berjalan denga kuasa Allah Aku melenggang dengan melenggang Muhammad Bukan kata aku Kata Allah Dengan berkat doa Laa…………………………………………………………….. Posted by http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com at

No comments:

Post a Comment